Para pembangun sistem sering ingin menjadikan FingerTec® serasi dengan aplikasi yang mereka hasilkan, justeru penyelesaian mereka dapat ditawarkan kepada pasaran yang pelbagai. Ada juga yang ingin memasukkan ciri biometrik kepada sistem yang mereka tawarkan agar mereka mampu mempromosikan produk mereka dengan lebih baik.
FingerTec® BioBridge SDK disediakan dengan format DLL dan ActiveX dan menyokong platform Windows 9x/2000/NT. BioBridge boleh dibangunkan dalam pelbagai persekitaran termasuk Visual Basic 6.0, Delphi 7.0, Visual C++. Microsoft.Net dan sebagainya.
FingerTec® BioBridge SDK 2.0 mampu menyambungkan sebarang sistem dengan pembaca FingerTec®cap jari dan SDK ini telah direka untuk memudahkan integrasi sistem. Dalam masa yang singkat, pembangun sistem akan dapat mengintegrasi semua siri FingerTec®dengan sistem mereka untuk menawarkan penyelesaian yang sempurna kepada para pelanggan. |