Polisi jaminan ini sah apabila anda membeli produk-produk berjenama FingerTec yang dijual oleh FingerTec Worldwide Limited, pengedar dan juga wakil jualan seluruh dunianya. Polisi jaminan ini adalah terhad kepada komponen perkakasan utama pada alat yang dibangunkan oleh FingerTec Worldwide Limited dan dijenamakan sebagai produk FingerTec (dirujuk sebagai “Produk – produk FingerTec”).
Produk-produk FingerTec adalah dijamin di bawah penggunaan yang sesuai dan normal, tidak termasuk kerosakan pembuatan berdasarkan jangkamasa seperti disenaraikan di bawah: |
Alat Ganti Dijamin |
Jaminan Terhad Piawai
(Untuk Wakil Penjual) |
Jaminan Terhad Piawai
(Untuk Pengguna) |
Semua Alat FingerTec
Nota: Termasuk FingerTec AdapTec |
40 bulan |
36 bulan |
Hanya Alat-alat ganti dan komponen dijamin. |
28 bulan |
24 bulan |
Aksesori |
15 bulan |
12 bulan |
|
|
|
Nota: |
a. |
Perbezaan jaminan antara wakil penjual dan pengguna berfungsi sebagai penampan bagi menyeimbangkan tempoh penghantaran dan penyimpanan sebelum produk-produk tersebut sampai kepada pengguna. |
b. |
Tempoh Jaminan untuk pembelian terminal-terminal FingerTec dari 1 Januari 2009 hingga 1 Januari 2014 adalah 28 bulan untuk wakil penjual dan 24 bulan untuk pengguna. |
c. |
Sila rujuk kepada http://warranty.fingertec.com untuk alat-alat ganti produk FingerTec yang tiada jaminan. |
|
|
|
1. Tarikh Permulaan Jaminan |
Sila rujuk kepada Tarikh Inbois yang diterima daripada FingerTec Worldwide Limited sebagai Tarikh Permulaan Jaminan anda. |
|
1.1 |
Jaminan ini adalah terhad hanya kepada kecacatan pembuatan dan/atau bahagian. Produk-produk FingerTec adalah tidak dijamin bagi: |
|
|
a. |
Kehilangan atau kerosakan produk-produk FingerTec Product kesan daripada satu atau lebih perkara seperti di bawah: |
|
i. |
Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan yang tidak kemas dan, dan kegagalan mematuhi arahan operasi seperti diterangkan oleh FingerTec seperti penggunaan di kawasan luar bangunan tanpa perlindungan yang sesuai bagi model-model dalam bangunan, kerosakan cecair, keadaan panas/sejuk melampau yang melangkaui had rekaan model; |
ii. |
Kebocoran bateri, pasir, debu ataupun kerosakan disebabkan air; |
iii. |
Kegagalan kuasa elektrik, sambungan rangkaian komunikasi tidak sempurna, atau bekalan kuasa tidak stabil; |
iv. |
Penggunaan alat ganti atau servis tidak dibenarkan selain daripada agen-agen kami yang disahkan; |
v. |
Nombor siri dan/atau pelekat jaminan telah diubahsuai, ditanggalkan, atau rosak sehingga tidak dapat dikenali; |
vi. |
Pengubahsuaian atau modifikasi yang tidak terlebih dahulu mendapat persetujuan FingerTec ; |
vii. |
Penghantaran dan/atau pengangkutan produk tersebut. |
|
|
|
b. |
Peralatan tidak dijamin adalah termasuk: |
|
i. |
Bahagian depan dan belakang penutup produk (Kod Produk: FTAC1007) |
ii. |
Butang-butang kunci(Kod Produk: FTAC1009) |
iii. |
Penutup pengimbas (Kod Produk: FTAC1010) |
iv. |
Penyuai kuasa 5V (Kod Produk: FTGL0005) |
v. |
Prisma (Kod Produk: FTGL0004) |
|
|
|
|
2. Proses Jaminan |
2.1 |
Kesemua tuntutan jaminan mestilah dihantar dengan lengkap bersama maklumat diperlukan yang disenaraikan di
Digital Warranty Registration Form dan ini adalah bagi menyediakan servis pembaikan dan/atau pembaikan terbaik kepada pelanggan. FingerTec mempunyai hak untuk menolak sebarang tuntutan jaminan daripada sebarang pihak yang gagal untuk memberi sebarang maklumat wajib yang ditetapkan. |
|
|
2.2 |
Semasa tempoh jaminan, FingerTec berhak memilih samaada untuk membaiki atau menggantikan sebarang komponen yang rosak yang masih tertakluk di dalam tempoh jaminan. |
|
|
2.3 |
FingerTec berhak untuk menggantikan Produk atau bahagiannya yang gagal dengan produk atau alat ganti yang sama nilai daripada membaikinya. Sekiranya penggantian diperlukan, produk atau alat ganti FingerTec tersebut akan menjadi milik FingerTec sepenuhnya. |
|
|
2.4 |
FingerTec tidak menggalakkan pengguna/wakil jualan untuk memulangkan terminal FingerTec yang lengkap kepada FingerTec Worldwide untuk pembaikan tetapi di dalam sebarang kes yang memerlukan penghantaran set lengkap, FingerTec akan melaksanakan pembaikan tanpa sebarang caj sekiranya ia terbukti masih di dalam Tempoh Jaminan. Walaubagaimanapun, semua kos penghantaran dan duti kastam yang terlibat di dalam penghantaran serta penerimaan semula untuk alat perlu ditanggung oleh pengguna/wakil jualan. Di dalam kes terminal FingerTec yang dihantar telah melangkaui tempoh jaminan, ia akan menjadi tanggungjawab pengguna/wakil jualan untuk membayar kos buruh dan kos alatan yang ditunjukkan di dalam Appendix B. Untuk melihat aliran pembaikan FingerTec, sila rujuk kepada Appendix C. |
|
|
2.5 |
Wakil Jualan FingerTec yang mempunyai juruteknik berkelayakan adalah digalakkan untuk memohon untuk FingerTec Advanced Repair Program, satu program yang membolehkan wakil jualan untuk membaiki alat ganti yang rosak. Fahami lebih lanjut tentang program ini di tips.fingertec.com |
|
|
2.6 |
FingerTec meletakkan kepentingan yang tinggi pada label jaminan sebagai bahan rujukan; sila jangan tanggalkan label tersebut bagi mengelakkan komplikasi di masa hadapan. Alat yang rosak tanpa label jaminan adalah dikira tidak termaktub dalam jaminan dan FingerTec berhak untuk mengenakan caj apabila diperlukan. |
|
|
Sampel Label: |
|
|
|
|
2.7 |
FingerTec akan terus member jaminan terhadap terminal tersebut selepas pembaikan, sehingga habis tempoh jaminan. |
|
|
2.8 |
FingerTec akan TIDAK bertanggungjawab terhadap kehilangan sebarang data atau program di dalam produk FingerTec yang diproses untuk satu tuntutan jaminan. Semua pengguna adalah sangat dinasihatkan untuk melaksanakan sokongan penuh terhadap data sebelum menghantar alat mereka kepada kami untuk tuntutan jaminan. |
|
|
2.9 |
Di dalam keadaan di mana produk FingerTec memerlukan pembaikan di bawah jaminan, pengguna adalah bertanggungjawab terhadap kos pengangkutan ke dan dari lokasi servis FingerTec. FingerTec akan sama sekali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan barangan berpunca daripada pengangkutan produk terjamin tersebut kepada dan daripada lokasi servis FingerTec. Pengangkutan barangan adalah di bawah risiko pengguna/wakil jualan. Wakil jualan adalah layak untuk Spare Parts Allocation Scheme initiated by FingerTec Worldwide (rujuk kepada Appendix A) dan mereka adalah digalakkan untuk menyimpan stok alat ganti untuk memudahkan penyelenggaraan. |
|
|
3. Deklarasi Kegagalan Semasa Ketibaan (DOA) |
3.1 |
Kegagalan semasa ketibaan (DOA) adalah merujuk kepada produk yang tidak boleh dihidupkan, berfungsi di luar kebiasaan apabila barangan tersebut telahpun sampai ke destinasi penghantaran, dan tidak disebabkan oleh sebarang keadaan dinyatakan di dalam 1.1(a) di atas. |
|
|
3.2 |
Di dalam keadaan di mana produk FingerTec adalah DOA, FingerTec perlu diberitahu mengenai DOA tersebut di dalam jangka masa 30 hari dari tarikh resit. |
|
|
3.3 |
Deklarasi barangan DOA perlu dilaksanakan melalui e-mail rasmi yang didrafkan kepada ibu pejabat FingerTec (info@fingertec.com) dan juga kepada semua pihak yang terlibat. |
|
Nota: Wakil jualan/pengedar kepada produk DOA juga perlu menghantar tuntutan melalui Borang Pendaftaran Jaminan Digital termasuk tarikh resit produk DOA yang disenaraikan di dalam ruang Deskripsi Masalah. |
|
|
|
|
|
3.4 |
FingerTec seterusnya akan menggantikan produk yang diisytiharkan DOA setelah maklumat relevan dan/atau pengesahan telah diproses, dan akan menanggung segala kos pengangkutan, kecuali kos kastam. |
|
|
3.5 |
FingerTec berhak untuk memohon pemulangan kesemua barangan yang diisyhtiharkan DOA pada bila-bila masa. Di dalam hal ini FingerTec akan menanggung segala kos pengangkutan dan kos kastam untuk pemulangan barangan tersebut. |
|
|
4. Had Tanggungan |
4.1 |
FingerTec tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan barangan yang mungkin desebabkan oleh pengangkutan. |
|
|
4.2 |
FingerTec tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan sebarang data, program-program atau media penyimpanan boleh ubah dalam apa jua bentuk. FingerTec tidak bertanggungjawab untuk atau tertakluk bagi melaksanakan sebarang penyimpanan atau instalasi semula sesebuah program atau data selain daripada perisian dan/atau antara muka diinstalasi oleh FingerTec semasa pengilangan produk FingerTec. |
|
|
4.3 |
FingerTec tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kerosakan perniagaan dalam terma kerugian pendapatan atau keuntungan, gangguan perniagaan, kehilangan kepenggunaan ataupun sebarang bentuk kerugian ekonomi atau komersial selain dari yang dinyatakan sebelumnya. |
|
|
4.4 |
Had tanggunggan ini hanya berkesan jika anda terlebih dahulu menyatakan kepada FingerTec ataupun wakil dibenarkan mengenai kebarangkalian kerosakan walaupun kemungkinan tersebut secara amnya terlebih dahulu dapat dijangka. |
|
|
4.5 |
Di dalam keadaan di mana FingerTec mendapati bahawa kerosakan atau kegagalan yang wujud pada produk tersebut tidak di dalam jaminan, wakil jualan akan dihubungi untuk memastikan samaada kerosakan atau kegagalan tersebut perlu dibaiki dengan kos ataupun produk tersebut perlu dihantar semula kepada wakil jualan tanpa sebarang pembaikan. FingerTec tidak akan menanggung sebarang caj pengangkutan, pengendalian dan/atau kastam dan sebagainya. |
|
|
4.6 |
Wakil jualan FingerTec adalah bertanggungjawab untuk memulangkan semua product/alat ganti di yang tertakluk di bawah jaminan seelok-eloknya dalam tempoh 3 bulan dan dan maksimum 5 bulan. FingerTec Worlwide mempunyai hak untuk mengenakan caj kepada wakil jualan sekiranya mereka gagal untuk memulangkan alat ganti/produk tersebut selepas tempoh 6 bulan. Jangan memulangkan kembali bahagian/alat yang rosak selepas tempoh jaminan kepada FingerTec Worldwide. |
|
|
Nota untuk pengguna |
• |
Pengguna perlu menghantar tuntutan jaminan mereka terus kepada individu yang berurusan dengan mereka di dalam proses pembelian seperti wakil jualan dibenarkan FingerTec ataupun pengedar. |
• |
Pengguna dan wakil jualan perlu menyimpan resit pembelian produk FingerTec mereka sebagai bukti pembelian untuk tuntutan jaminan. |
• |
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pengguna untuk memastikan bahawa perisian produk FingerTec mereka sentiasa dikemaskini. |
• |
Sebelum menghantar produk bagi tujuan tuntutan jaminan, pengguna/wakil jualan adalah sangat dinasihatkan untuk menyimpan sokongan data semasa mereka di dalam Sistem FingerTec. Ini adalah kerana bagi melancarkan proses pembaikan/penggantian bagi tuntutan jaminan ia mungkin memerlukan pengalihan semua data semasa produk tersebut. FingerTec tidak akan dipertanggungjawabkan bagi sebarang kehilangan data daripada produk FingerTec tersebut semasa tuntutan jaminan. |
• |
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pengguna, seperti dinyatakan di atas, bagi menguruskan kos pengangkutan dan pengendalian kesemua produk FingerTec yang dihantar untuk pembaikan/penggantian samaada ia masih di dalam jaminan atau tidak. |
• |
Pengguna/wakil jualan perlu memastikan produk mereka dipakejkan dengan sempurna sebelum menghantarnya kepada FingerTec bagi memastikan tidak berlakunya sebarang kerosakan kepada produk tersebut semasa transit. |
|
|
Kemaskini terakhir: 23/10/2014 |